March 17, 2012

Tips menaip dalam entri .

Cara penghasilan entri dalam blog merupakan element yang perlu dititikberatkan untuk menaip dalam blog. Walaupun blog tidak mempunyai format untuk menaip seperti mana karangan bahasa melayu, tetapi cara menghasilkan entri dalam blog penting untuk mencerminkan bagaimana pemilik blog menguruskan blog sendiri.


Cara menaip yang bagus juga akan memastikan pengunjung blog anda akan tertarik kepada blog anda, ditambah pula dengan faktor-faktor lain. Boleh dikatakan, cara menaip dalam blog antara perkara yang tidak boleh dipandang enteng oleh pemilik blog.

Apakah cara/bagaimanakah kandungan blog yang sepatutnya untuk menaip sesebuah entri? Disini zira kongsikan beberapa pandangan berdasarkan pendapat peribadi.


1. Perenggan

Ini sebenarnya antara perkara yang paling penting semasa menaip sesuatu dalam blog. Tidak kiralah samada blog berbentuk peribadi, maklumat, perkongsian, pengalaman atau apa sahaja. Perenggan akan memudahkan pengunjung blog anda membaca apa yang anda hendak sampaikan. Dan juga mempengaruhi pemahaman untuk sesebuah entri.


Ini adalah perenggan kedua. Tengok untuk taip point ini pun perenggan di buat untuk memudahkan anda membaca bukan? Bayangkan kalau sesebuah entri itu mempunyai ayat yang berterusan 1000 patah perkataan, tidak ke letih mata melihatnya. Hendak membaca pun boleh jadi tiada mood. Lagipun karangan masa sekolah pun diajar untuk buat perenggan, jadi kenapa tidak aplikasikan dalam penulisan blog.


2. Perkataan

Perkataan juga memainkan peranan dalam menghasilkan sebuat entri yang baik. Pastikan kalau bleh anda menggunakan perkataan bahasa baku sebanyak mungkin dan penting juga perkataan yang anda gunakan mudah difahami oleh pengunjung. Sekali sekala tiada masalah kalau hendak guna short form atau perkataan meleret. Tapi kalau selalu sangat, hendak membaca pun tergeliat lidah hendak menyebutnya.
 

Contoh, Sayeeerr sukerr sangat tawww...Kalau ayat macam ini diletakkan untuk dialog ok lagi. Kalau sepanjang-panjang entri perkataan macam ini, sakit juga hendak membaca.:). tujuan menghasilkan entri juga untuk memudahkan kefahaman kepada pengunjung blog. Contoh walaupun anda seorang doctor, takkan semua entri hendak guna bahasa saintifik je kan. Lainlah kalau pengunjung blog anda semuanya doktor.:)


3. Entri jangan terlalu panjang

Mungkin anda seorang yang begitu hebat mengarang. Tetapi kehebatan anda mengarang sehingga sehari tanpa henti bukan petunjuk yang baik kepada pengunjung anda. Pembaca juga akan merasa bosan jika entri yang dihasilkan terlalu panjang. Lagi satu, jika entri terlalu panjang, kemungkinan untuk melalut (lari dari tajuk entri) juga boleh berlaku.
 


Oleh itu biarkan entri anda bersesuaian untuk dibaca, mungkin ambil masa 5 minit berbanding anda menghasilkan entri yang memerlukan 1 jam untuk habiskan.
Tetapi, jika memang anda anda perkara bagus atau penting untuk diberitahu pengunjung, boleh dijadikan dalam beberapa bahagian entri. seperti part 1, part 2 dan seterusnya. Itu akan lebih selesa di baca berbanding satu entri yang terlalu panjang.

Adakah anda juga perasan entri ini baru sahaja untuk part 1???

-------------------------------------------

Menaip entri dengan cara yang betul untuk mengekalkan blog anda lebih kepada mesra pengunjung. Kecualilah kalau blog anda tu anda baca seorang sahaja.

Dan tunggukan untuk next entri untuk tips menaip entri dalam blog untuk part 2.

Selamat berblogging


 

No comments: